BLOGGER TEMPLATES Funny Pictures

September 1, 2018

Hiking Gunung Ledang


Assalamualaikum.. lama x update blog.. last month company hantar email siapa yang berminat untuk menyertai ekspedisi menawan puncak gunung kinabalu.. then kawan-kawan aku ni pun ajak laa try hantar nama.. saja cuba nasib..hahahaha 
So 22 Julai hari tu kena la buat fitness test sikit lari 4.2km kawasan bukit n static pull up..fuhh berpeluh dengar.. sebab aku bukan pandai sangat pull up bagai ni... alhamdulillah lepas laa..ffuhh ffuhhh... keluar memo terpilih untuk ke gunung ledang 12 August 2018.. seramai 35 orang yang terpilih.. ayah aku dok sponsor beli kasut hiking.. 😊
So hari ahad tu 4 pagi da berkumpul di komplek mutiara johor land (KMJL).. dalam 4.40 baru gerak sampai dalam jam 7 pagi.. sampai sana kena declare barang apa yang kita bawak naik atas..setiap barang yang dibawa naik haruslah dibawa turun.. so kalau bawak 10 coklat kena lah bawa turun 10 plastik coklat..kalau hilang 1 akan dikenakan denda RM5.. so kalau 10 barang tak ada 10x5... hahahahhaa.. lepas tu guide akan brief sikit then baru la boleh mula mendaki..
nie adalah permulaan pendakian.. nampak macam senang.. tapi siapa yang tak biasa dengan tangga fuhhh tarik nafas panjang laa... terus sampai CP 1 bukit semput.. nama yang sangat sesuai dengan keadaan kita masa tu.. memang semput guys..

part yang mencabar adalah Killer For Climber (KFC).. jangan fikir yang kat atas tu ada jual KFC yee.. bagi aku yes laluan KFC tu mencabar fizikal & mental.. masa aku sampai kat laluan tu.. "ya Allah apa aku buat kat sini.. kenapa aku terjebak dengan benda macam ni" hahaha kelakar kan.. tapi nak turn back rugi so aku fikir dalam kepala otak aku ni yang aku kena sampai puncak..
nie antara pic laluan KFC yang akan kita tempoh..



alhamdulillah jam 2.00 pm kami sampai ke puncak Gunung Ledang..

masa sampai kat puncak tu kau da lupa apa yang kau lalui tadi.. happy sangat sebab apa yang kau lalui tu berbaloi.. pemandangan kat atas subahanAllah cantik sangat ciptaan Allah.. dengan izin Nya juga kita berjaya.. seriously ni adalah pengalaman pertama aku mendaki gunung.. yang paling penting kita kena percaya pada diri yang kita boleh buat sesuatu dengan izin Allah.. ada juga yang injured tapi tetap sampai ke puncak.. semangat kita tu paling penting.. jangan lupa sebab turun ada cabaran dia tersendiri juga.. bagi sesiapa yang nak cuba mendaki gunung ledang aku ucapkan selamat maju jaya.. apa yang penting jangan mudah putus asa..
Sekian...


0 reply me: